Kepel Fruit

Kepel Fruit

Nama saintifik: Stelechocarpus burahol
Nama keluarga: Annonaceae

Pokok “Kepel Fruit” di Taman Tugu
Pokok “Kepel Fruit” adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok yang tegak, malar hijau yang tumbuh sehingga 25m tinggi dan batangnya sehingga 40cm diameter. Daun-daun pokok ini bertekstur seperti kulit dan dipenuhi urat; daun muda berwarna merah gelap, menjadi merah jambu, hijau muda dan hijau gelap apabila matang. Setiap siri daun muda bertahan selama 2 bulan, biasanya berlaku sebelum bunga mekar dan buah gugur. Bunga berwarna merah jambu mekar dengan banyak dari batang pokoknya dan berkembang menjadi buah-buahan bersaiz limau kecil. Buahnya mempunyai kulit berwarna perang dan mengandungi banyak biji panjang, bujur didalam isi yang berkrim dan berwarna jingga muda. Buahnya berbuah di batang pokok dan dikatakan mempunyai rasa berempah, dan rasa seakan-akan mangga. “Kepel Fruit” mempunyai rasa yang sangat menyenangkan, aromatik, dengan rasa terpendam kelapa.

Kegunaan
Bunga dan buah pokok ini boleh dimakan. Pulpanya banyak dimakan oleh orang Indonesia yang percaya akan kesan penyahbauan semulajadi yang meninggalkan bauan seakan lavender kepada cecair tubuh (air kencing, peluh), nafas dan bau badan. Kayu pokok ini digunakan untuk membuat barangan isi rumah. Batang pokoknya digunakan dalam pembinaan rumah, dan dilaporkan bertahan lebih daripada 50 tahun.

Habitat
Pokok ini berasal dari Asia Tenggara, secara khusus Indonesia dimana ianya dikatakan tempat penanamannya, malangnya, semakin berkurangan. Ia juga merupakan spesis terancam dan berasal daripada hutan sekunder di Malaysia.