Kerian

Kerian

Nama saintifik: Syzygium acuminatissimum
Nama keluarga: Myrtaceae

Pokok Kerian di Taman Tugu
Pokok Kerian adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok renek atau pokok malar hijau ini boleh tumbuh sehingga 34m tinggi. Batangnya yang lurus boleh bebas dari dahan-dahan sehingga 10m tinggi dan sehingga 50cm diameter; beralun, kadang-kala mepunyai jejalur. Bunga yang dihasilkan berwarna putih. Beri yang berisi terhasil berbentuk globos yang berwarna putih dan berwarna biru kehitaman apabila matang.

Kegunaan
Buahnya boleh dimakan. Kayu dari pokok Kerian digunakan untuk alatan muzik, pemegang alatan, komponen perabot, pembinaan kapal, kerja-kerja pertukangan kayu berat, kerja-kerja lantai dan tanggam.

Habitat
Pokok-pokok sub-silara atau pokok silara ini tumbuh di kawasan hutan sub-montane yang tidak terusik atau sedikit terusik pada paras ketinggian sehingga 3,000m tinggi; tumbuh dilereng bukit dan rabung, pada kebiasaannya dikawasan yang kurang berpasir atau tanah yang sangat ringkas, tetapi juga di tanah yang bertanah liat atau berbatu kapur. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, China Selatan, Myanmar, Andaman, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina ke New Guinea dan Kepulauan Solomon.