Keriat

Keriat

Nama saintifik: Aglaia korthalsii
Nama keluarga: Meliaceae

Pokok Keriat di Taman Tugu
Pokok Keriat merupakan sebuah pokok hutan hujan tempatan yang termasuk di dalam bilangan 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu dan dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Buahnya yang berjelatin dan berperisa pahit manis merupakan suatu tarikan bagi pelbagai spesies monyet.

Ciri-ciri fizikal
Pokok evergreen ini boleh tumbuh setinggi 30 – 35m dan mempunyai kulit batang yang berwarna perang kemerahan yang mempunyai permukaan yang retak kasar mendatar atau deretan lenticels. Daun adalah kompaun dan terdiri daripada dedaun kecil yang tidak serata. Ranting petiole pokok ini diselubungi dengan sisik pernag kemerahan yang berkilat.
Bunga pokok Keriat tumbuh dalam kelompok-kelompok pada axil daun-daunnya atau pada ranting-ranting lama. Kelompok bunga jantan adalah lebih panjang dan lebih berbunga berbanding dengan kelompok bunga betina. Bunga pokok ini terdiri 5 petal, 5 lobus calyx yang diselebungi sisik seperti ranting-rantingnya. Pokok ini mengeluarkan buah-buahan yang boleh dimakan yang akan hampir bujur dan penuh bersisik bentuk perisai perang kejinggaan. Buah-buahnya yang matang akan terpecah buka sepanjang sisi kulit buah apabila diberi tekanan. Setiap buah mengandungi 1 – 3 biji yang terkandung dalam isi buah yang kuning kejinggaan.

Kegunaan
Pokok-pokok Keriat ditanam sebagai pokok buah-buahan di Kelantan dan Terengganu (Pantai Timur Semenanjung Malaysia) kerana buah-buahan yang boleh dimakan mempunyai nilai nutrisi yang agak tinggi terutamanya vitamin C. Pokok-pokok ini juga terkenal dengan sifat-sifat aktiviti sitotoksik terhadap pelbagai jenis barah manusia.
Kayu yang dari pokok sering digunakan untuk pembinaan tiang rumah, beam, bingkai tetingkap, peralatan pertanian dan pembinaan jambatan. Dari aspek perubatan, Keriat tersebut didapati mempunyai ciri-ciri ampuh kemujaraban insecticidal, antikulat, antivirus, antibakteria atau anthelmintic.

Habitat
Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Moluccas, India dan Bhutan.