Keruing Kertas

Keruing Kertas

Nama Saintifik: Dipterocarpus chartaceus
Nama Keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Keruing Kertas di Taman Tugu
Pokok Keruing Kertas adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Ia juga diplih kerana klasifikasinya sebagai pohon terancam, kerana populasinya diancam oleh penukaran tanah yang mengakibatkan pengurangan habitat mereka.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Keruing Kertas adalah sejenis pokok tropika yang tumbuh setinggi 40m dengan lilitan 4m lebar. Kulit batangnya berwarna kelabu keperangan dan mempunya daun berbentuk ovate-lanceolate dengan urat-urat sekunder. Bunga-bunganya berwarna putih, kuning-kehijauan atau merah jambu kekuningan, dan teratur secara spiral pada pucuk berbunga panjang. Nama Chartaceus boleh diterjemahkan kepada ‘seperti kertas’ dalam bahasa Latin, yang merujuk kepada tekstur daun pokok tersebut. Bunga-bunganya mempunyai kelopak putih, dan kemerahan pada sebelah dalam kelopak terebut. Buah-buahnya adalah terdiri daripada 3 lobe calyx pendek dan 2 lobe calyx yang lebih besar dan mempunyai sayap 3-saraf.

Kegunaan
Pokok-pokok ini terkenal untuk kayu balak, tetapi kurang dikenali dari segi penggunaannya dalam perubatan herba tradisional.
Dahulu pokok ini telah ditoreh untuk oleoresins yang digunakan sebagai bahan-bahan untuk varnis, memakal bot-bot serta pencahayaan.

Habitat
These trees can be found in coastal areas that has swamps as well as lowlands. These trees are native to Peninsular Malaysia and Thailand.

Pokok ini boleh dijumpai di kawasan persisiran pantai yang mempunyai kawasan paya serta tanah rendah. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia dan Thailand.