Keruing Kipas

Keruing Kipas

Nama Saintifik: Dipterocarpus costulatus
Nama Keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Keruing Kipas di Taman Tugu
Pokok Keruing Kipas adalah sepohon pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”).
Pokok ini merupakan sumber kayu balak Keruing yang biasanya dituai dari untuk kegunaan tempatan dan juga untuk perdagangan. Pokok ini kini dikelaskan sebagai ‘terancam’ oleh International Union for Conservation of Nature (“IUCN”) dan tersenarai dalam senarai merah bagi spesies terancam.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Keruing Kipas adalah sejeis pokok spesis Dipterocarpus tipikal yang boleh tumbuh setinggi 30m. Batang pokok berwarna kelabu dan mempunyai lenticel-lentikel yang besar. Daun-daunnya bersaiz 16 × 12 cm, mempunya tepi yang beralun dan rabung di antara urat-urat. Daun-daunnya juga berkulit tebal, glabrous dan biasanya berbentuk wedge pada pangkal. Stipule-stipule pokok ini lebih kurang 16cm panjang, berbulu halus dan berwarna merah jambu. Buah-buahannya, lebih kuran 1.5cm lebar, mempunyai batang berduri yang menonjol pada tiub calyx dan dua sayap panjang bersaiz 20 × 4cm.
Teras kayu pokok ini berwarna merah cair ke merah perang atau keunguan; ia juga mempunyai jalur sapwood sepanjang 5-7cm. Permukaannya kasar dengan alunan urat kayu yang lurus atau memanca. Kayunya adalah sederhana berat ke berat; sederhana keras; agak tahan lasak, tahan serangga perosak kayu, agak tahan kulat tetapi tidak tahan anai-anai. Kayunya menua dengan perlahan, dengan risiko tinggi untuk menjadi retak dan herot-benyot; apabila ia kering kayunya kurang stabil untuk diservis.
Kayunya juga menumpulkan peralatan disebabkan oleh kehadiran silika, alat stellite-tipped dan tungsten karbida amat disyorkan; Sesetengah spesies adalah sangat resinous dan boleh menyumbat alat pertukangan; kendang-kala kesan-kesan koyak terdapat pada kayu-kayu dipotong suku; kayu ini amat baik untuk dipaku and skrew, tetapi lubangnya perlu digerudi terlebih dahulu; kayu ini boleh diglu, tetapi harus berhati-hati kerana resin kayu ini.

Kegunaan
Kayu pokok ini merupakan kayu balak pembinaan, ia digunakan dalam pertukangan, panel, tanggam, lantai, kayu kerangka rumah, kotak dan peti, venir dan lain-lain.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh didapati di hutan tanah pamah, tanah rata dan beralun di Asia Tenggara, setinggi 600m. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.