Ketapang

Ketapang

Nama saintifik: Terminalia catappa
Nama keluarga: Combretaceae

Pokok Ketapang di Taman Tugu
Pokok-pokok Ketapang yang dijumpai dalam tapak ini berasal dari Taman Tugu. Ianya adalah salah satu spesis pokok yang paling kurang dominan dijumpai dalam hutan kita.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok tropika yang besar di dalam keluarga pokok ‘leadwood’; ianya tumbuh sehingga 35m tinggi dan berbentuk seperti pagoda. Daun-daun pokok Ketapang berbentuk seperti telur terbalik, mempunyai daun-daun berlingkaran, bertangkai, bertekstur seperti kertas ke kulit yang nipis, berwarna hijau gelap dibahgian atas, hijau kekuningan dibahagian bawah, dan akan berubah ke warna merah sebelum luruh. Daun pokok ini akan luruh dua kali setahun. Bunga-bunga pokok ini berbau harum, berwarna putih ke hijau keputihan dan bersaiz kecil berukuran rentas 0.5cm. Buah yang dihasilkan mempunyai teras yang keras berwarna hijau apabila tidak matang, kuning atau merah setelah matang; dan mempunyai bentuk telur yang diratakan.

Kegunaan
Pokok-pokok ini biasanya digunakan sebagai pokok hiasan, ditanam untuk teduhan yang diberi oleh daunnya yang besar. Ianya sesuai ditanam sepanjang tepi jalanan, di dalam taman-taman, kawasan-kawasan berpantai atau persisiran pantai. Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa sama seperti badam. Daun-daunnya juga digunakan sebagai rawatan topical untuk sendi yang mengalami reumatik di Indonesia dan India.

Habitat
Pokok-pokok ini dijumpai secara meluas di kawasan tropika di seluruh dunia dari Asia ke Australia Utara dan Polinesia.