Kulim

Kulim

Nama saintifik: Scorodacarpus borneensis
Nama keluarga: Olacaceae

Pokok Kulim di Taman Tugu
Pokok Kulim adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Kulim adalah sejenis pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 40m tinggi dan 60cm diameter. Pokok ini mempunyai susunan daun yang ringkas, tulang menyirip dan berbentuk eliptik lebar berukuran 15cm panjang dan 7cm lebar. Bunga pokok ini berwarna putih ke merah jambu dan terletak pada rasem pendek dalam aksil dedaun.

Kegunaan
Pokok ini dituai dari hutan dan digunakan oleh orang tempatan sebagai sumber makanan, ubatan dan kayu. Setiap bahagian pokok ini termasuk kulit kayu, dedaun, dahan-dahan dan buah-buahan mempunyai bau seperti bawang putih. Dedaun pokok ini boleh dimakan sebagai ulam dan kacang pokok ini boleh dimasak dan digunakan sebagai perasa masakan. Sementara buah-buahan pokok ini digunakan sebagai penawar racun, kayu-kayunya juga digunakan untuk permbinaan sederhana ke pembinaan berat seperti pembinaan jambatan, rasuk, tanggam dan pintu.

Habitat
Pokok ini boleh dijumpai pada lereng bukit dan kaki gunung dalam hutan utama dan hutan sekunder. Pokok Kulim berasal dari Malaysia, Singapura, Indonesia and Thailand.