Kunkurad

Kunkurad

Nama saintifik: Baccaurea pubera
Nama keluarga: Phyllanthaceae (Euphorbiaceae)

Pokok Kunkurad di Taman Tugu
Pokok Kunkurad adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Kunkurad adalah pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 25m tinggi dan 40cm diameter. Daun pokok ini berbentuk eliptik dan berukuran lebih kurang 25cm panjang dan 10cm lebar dan mempunyai permukaan seperti kertas dan kulit bercorak tulang menyirip. Bunga pada pokok ini berjambak dan mempunyai 1 hingga 3 biji bunga setiap kelompok. Bunga ini berbentuk segi tiga ke mata tombak, berbulu, bersisi ciliate dan berwarna hijau atau hijau pudar. Buah pokok ini berbentuk buntar ke buah pear, berwarna coklat ke kuning pudar, berisi dan berbulu di bahagian luar.

Kegunaan
Pokok ini dituai dari hutan dan digunakan oleh orang tempatan sebagai sumber makanan dan kayu. Buah-buahannya boleh dimakan sementara kayunya digunakan untuk pembuatan perabot.

Habitat
Pokok ini boleh dijumpai dalam hutan hujan sehingga paras ketinggian 660m dari aras laut. Pokok Kunkurad berasal daripada Malaysia, Borneo and Sumatera.