Leban

Leban

Nama saintifik: Vitex pinnata
Nama keluarga: Lamiaceae (Labiatae)

Pokok Leban di Taman Tugu
Pokok Leban adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Leban adalah sejenis pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 15m tinggi dan 45cm diameter. Kulit pokok ini berwarna kelabu kekuningan atau perang cerah dan mempunyai permukaan yang lembut ke berkelupas. Dedaunnya yang tersusun secara kompaun dan berbentuk eliptik, berukuran lebih kurang 15cm panjang dan 10cm lebar. Daunnya mempunyai bulu berwarna hijau kekuningan dan boleh dilihat dengan lebih jelas apabila daunnya kering. Pokok ini menghasilkan bunga kecil yang bejambak. Setiap bunga mempunyai 5 kelopak berwarna putih ke ungu dan berbau harum. Buah-buahannya berwarna hitam keunguan, bulat, berkilat dan berisi.

Kegunaan
Kayu pokok in sering digunakan untuk penghasilan arang dan bahan binaan untuk penduduk tempatan. Pokok in juga digunakan sebagai hiasan landskap untuk taman persendirian dan taman awam.

Habitat
Pokok-pokok ini pada kebiasaannya tumbuh di bahagian hutan di dataran rendah yang agak kering, dimana ia boleh dijumpai pada ketinggian sehingga 1000m. Pokok ini berasal daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Cambodia dan Sri Lanka.