Lithocarpus sundaicus

Lithocarpus sundaicus

Nama saintifik: Lithocarpus sundaicus
Nama keluarga: Fagaceae

Pokok Lithocarpus Sundaicus di Taman Tugu
Pokok Lithocarpus Sundaicus adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok besaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 35m tinggi dan 90cm diameter. Kulit pokok ini berwarna coklat kekelabuan dengan permukaan yang kasar. Susunan daunnya selari dan berbentuk eliptik ke kebujuran, berukuran lebih kurang 14cm panjang dan 5cm lebar. Daunnya mempunyai susunan urat yang menyirip, permukaan yang licin di atas dan berbulu di bawah. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna kuning kehijauan. Buahnya berwarna kehijauan berukuran 17mm diameter. Kekacang pokok ini mempunyai basal berbentuk kupular.

Kegunaan
Kayu pokok ini digunakan untuk binaan sederhana ke berat seperti pembinaan rumah, pembinaan jambatan dan teduhan, hiasan dalaman, tiang pagar, alatan perlombongan dan kadang-kala untuk pembuatan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini sering dijumpai di dalam hutan hujan tropika yang lembab, dimana ianya biasa dijumpai pada ketinggian sehingga 1,500m. Pokok ini berasal daripada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.