Malabera

Malabera

Nama saintifik: Fagraea crenulata
Nama keluarga: Gentianaceae

Pokok Malabera di Taman Tugu
Pokok Malabera adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 25m tinggi dan 50cm diameter. Kulitnya berwarna kelabu pudar ke kelabu gelap dengan permukaan yang fisur. Daunnya berbentuk bujur dan lebar, berukuran lebih kurang 30cm panjang dan 20cm lebar. Daunnya tebal dan berisi seperti daun kubis, dengan sisi daun bergigi dan mempunyai sepasang daun tambahan berbentuk telinga di dasar daunnya. Bunganya tumbuh berkelompok bentuk pyramid di bahagian hujung pokok. Ianya berwarna kuning pudar ke krim, berbentuk corong dengan stamen yang tidak menonjol dan anter berbentuk bujur memanjang. Buahnya berwarna hijau, berbentuk eliptik dengan banyak biji yang kecil berbentuk poligon di dalam.

Kegunaan
Buah-buah pokok ini sering digunakan sebagai pelekat sementara kayunya digunakan untuk pembinaan sederhana dan berat seperti pembuatan rumah, jambatan dan teduhan, pondok, hiasan dalaman, tiang pagar, alatan perlombongan dan kadang-kala digunakan untuk pembuatan perabot.

Habitat
Pokok ini boleh dijumpai disepanjang tebing sungai dan hutan paya dan berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan Thailand.