Malayan Holly

Malayan Holly

Nama saintifik: Ilex cymosa
Nama keluarga: Aquifolia

Pokok Malayan Holly di Taman Tugu
Pokok Malayan Holly adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok malar hijau yang bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi dan 63cm diameter. Kulitnya akan menjadi semakin kasar apabila semakin matang. Daunnya mempunyai susunan yang bersilih dan setiap tangkai daun mempunyai daun yang berbentuk oblong atau eliptik, berukuran lebih kurang 12cm panjang and 5cm lebar. Ianya bewarna hijau gelap di bahagian atas dan hijau cerah dengan permukaan licin dibahagian bawah. Bunganya kecil dan berwarna hijau zaitun, putih kehijauan atau putih. Pokok in meghasilkan buah beri yang berwarna merah ke hitam apabila ranum.

Kegunaan
Kayu pokok ini dugunakan untuk membuat api. Akarnya digunakan untuk mengubati demam, manakala dedaunnya digunakan untuk melegakan seliuh.

Habitat
Pokok ini tumbuh di kawasan pantai dataran rendah, paya gambut, sungai, hutan bakau dan hutan sekunder. Pokok ini berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan Thailand