Medang Pasir

Medang Pasir

Nama saintifik: Neolitsea zeylanica
Nama keluarga: Lauraceae

Pokok Medang Pasir di Taman Tugu
Pokok Medang Pasir adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok malar hijau yang bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 20m tinggi. Daunnya adalah jenis bertangkai dan berbentuk bujur ke bujur memanjang, berukuran lebih kurang 10cm panjang dan 3cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna kehijauan. Ianya juga menghasilkan buah berukuran 7mm lebar, bertukar warna merah ke hitam apabila ranum.

Kegunaan
Akar pokok ini digunakan untuk menghasilkan minyak untuk mengubati ruam pada kulit dan jari. Kayunya digunakan untuk pembinaan dan penghasilan perabot. Pokok ini juga digunakan sebagai pokok hiasan.

Habitat
Pokok ini pada kebiasaannya tumbuh di sepanjang persisiran pantai, kadangkala dalam hutan dalam dan kawasan berbatu kapur sehingga pada ketinggian 1,000m. Pokok ini berasal daripada Malaysia dan Singapura.