Mempening

Mempening

Nama saintifik: Lithocarpus elegans
Nama keluarga: Fagaceae

Pokok Mempening di Taman Tugu
Pokok Mempening adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Mempening merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi dan 70cm diameter. Kulitnya berwarna perang kekelabuan dan mempunyai permukaan fisur kasar. Daun pokok ini tersusun dalam lingkaran, bertangkai daunnya tebal permukaan seperti kulit berbentuk bujur memanjang, berukuran lebih kurang 15cm panjang dan 5cm lebar. Daunnya tidak berbulu dah berkilat di bahagian atas. Bunga jantannya tumbuh dalam 12 kelompok bunga, manakala bunga betinanya tumbuh dalam 6 kelompok bunga. Bunganya berjambak, mempunyai staminode dan berbulu. Buahnya tidak bebulu dan berbentuk ovoid-kon. Cawan buahnya dilitupi dengan bulu tebal berwarna kuning keperangan pudar.

Kegunaan
Pokok ini dituai dari hutan sebagai sumber makanan dan bahan bagi orang tempatan. Pokok ini kaya dengan tanin dan boleh digunakan sebagai pewarna dan pengawet tali-temali.

Habitat
Pokok ini boleh dijumpai di kawasan yang mempunyai pelbagai jenis tanah, tumbuh di hutan dipterokarpa bukit campuran hingga ke hutan montane rendah; pada ketinggian sehingga 1,500m tinggi. Pokok ini berasal daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia.