Mempening

Mempening

Nama saintifik: Quercus gemelliflora
Nama keluarga: Fagaceae

Pokok Mempening di Taman Tugu
Pokok Mempening adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Mempening merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu untuk tumbuh sehingga 30m tinggi dan 60cm diameter. Kulitnya berwarna perang kekelabuan dan mempunyai permukaan fisur halus. Daun pokok ini berbentuk eliptik atau seperti mata tombak. Bunganya yang bejambak, mempunyai staminode dan berbulu. Buahnya berbentuk seperti buah oak, berukuran lebih kurang 3cm panjang dan biasanya berpasangan sepanjang rakis.

Usage
Pokok ini dituai untuk kayunya dimana ianya sering digunakan untuk kerja-kerja pembinaan dan pembuatan perabot.

Habitat
Pokok ini boleh dijumpai di kaki bukit dan di bukit dengan tanah berpasir. Pokok ini berasal daripada Malaysia, Indonesia, and Borneo.