Mempening

Mempening

Nama saintifik: Quercus subsericea
Nama keluarga: Fagaceae

Pokok Mempening di Taman Tugu
Pokok Mempening adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Mempening merupakan pokok bersaiz besar yang mampu untuk tumbuh sehingga 42m tinggi dan 86cm diameter. Susunan daun pada pokok ini berselisih dan selari. Urat daun mempunyai susunan menyirip, berpermukaan licin dengan tangkai yang panjang. Bunganya bersaiz kecil, berwarna kekuningan dan terletak pada receme pokok. Buahnya berbentuk seperti buah oak dengan basal berbentuk kupular.

Kegunaan
Tiada rekod mengenai penggunaan pokok ini.

Habitat
Pokok ini sering dijumpai di dalam hutan sekunder dan pada kebiasaannya muncul sebagai pokok sisa pra-gangguan. Pokok mempening berasal daripada Malaysia, Indonesia dan Borneo.