Mempisang

Mempisang

Nama saintifik: Polyalthia stenopetala
Nama keluarga: Annonaceae

Pokok Mempisang di Taman Tugu
Pokok Mempisang adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Mempisang merupakan pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 10m tinggi. Kulitnya berwarna perang dan mempunyai permukaan fisur. Pokok ini mempunyai dedaun matang yang berwarna hijau dan dedaun muda yang berwarna merah berbentuk bujur. Bunganya tumbuh pada batang pokok dan berwarna merah jambu seperti isi ikan salmon dengan kelopak bunga yang memanjang tergantung ke bawah. Buahnya berwarna merah gelap berkilat dengan satu biji, leper dan petak, dimana ianya akan bertukar ke warna hitam apabila sudah matang.

Kegunaan
Pokok ini digunakan untuk hiasan landskap di taman dan tepian jalan.

Habitat
Pokok ini ditemui di hutan dikawasan rendah dan berasal daripada Malaysia.