Mempisang

Mempisang

Nama saintifik: Stelechocarpus cauliflorus
Nama keluarga: Annonaceae

Pokok Mempisang di Taman Tugu
Pokok Mempisang adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Mempisang merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi dan 40cm diameter. Daunnya mempunyai susunan yang bersilih, urat yang menyirip dan berbentuk seperti mata tombak ke bujur. Kelopak bunganya panjang, berwarna perang ke merah jambu dan terletak pada batang pokok. Buah pokok ini berwarna ungu keperangan, berisi dan sering dilitupi semut.

Kegunaan
Tiada rekod mengenai penggunaan pokok ini.

Habitat
Pokok ini ditemui di kaki bukit batu kapur, rabung dan kawasan bertanah gembur berpasir. Pokok Mempisang berasal daripada Semenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo dan Thailand.