Mencepu

Mencepu

Nama saintifik: Garcinia prainiana
Nama keluarga: Clusiaceae (Guttiferae)

Pokok Mencepu di Taman Tugu
Pokok Mencepu adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Mencepu merupakan pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 10m tinggi. Daunnya mempunyai susunan yang bersilang, berwarna hijau gelap, berbentuk bujur dengan bahagian tepi lembut. Pokok ini menghasilkan bunga kecil berwarna merah yang timbul seperti permata daripada hujung dahan, mengeluarkan bau yang manis. Buahnya yang berwarna jingga mempunyai rasa yang menyenangkan, dengan rasa pulpa masam manis yang luar biasa.

Kegunaan
Buahnya digunakan sebagai sumber makanan.

Habitat
Pokok ini ditemui di hutan dikawasan rendah dan berasal daripada Malaysia dan Thailand.