Menteng

Menteng

Nama saintifik: Baccaurea racemosa
Nama keluarga: Phyllanthaceae

Menteng di Taman Tugu
Pokok Menteng merupakan sebuah pokok hutan hujan tempatan yang termasuk di dalam bilangan 4100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu dan dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Pokok ini telah ditambahkan ke tapak Taman Tugu untuk memupuk biodiversiti di kawasan ini kerana buah-buahannya yang sering dimakan oleh hidupan liar.

Ciri-ciri fizikal
Pohon yang lebat, dan mempunyai bentuk ‘crown’ yang tidak serata, serta didapati dalam beraneka saiz, dari sekecil pohon ‘shrub’ (~3m tinggi) hingga sebesar pokok saiz sederhana yang boleh tumbuh setinggi 25m.
Kulit batangnya berwarna putih-kekelabuan ke perang pucat semasa segar dan berubah kelabu-keperangan apabila kering.
Bentuk daunnya di antara oblong ovate dan obovate. Kluster yang bunga-bunganya tumbuh pada dahan-dahan lama atau pada batangnya. Racemes jantan tumbuh di perkarangan pelbagai cyme yang berbulu tebal dan berbunga 3 yang kecil, manakala racemes betinanya tumbuh secara berseorangan atau di dalam fascicle-fascicle dengan bunga yang lebih besar. Buah pokok ini berbuah dalam kelompok dan berwarna hijau-kekuningan atau kemerahan.

Kegunaan
Rakyat Malaysia menjamah buah pokok ini secara rebusan, jeruk ataupun ditapai. Walaubagaimanapun, buah pokok ini tidak boleh dimakan dengan berlebihan kerana ia boleh menyebabkan muntah-muntah. Di Indonesia, pokok Menteng sering ditanam untuk buah-buahan yang boleh dimakan dan juga sebagai pokok ornamental redup untuk hiasan.
Kulit batang dan daun-daunnya turut digunakan untuk membuat pewarna, dan kulit batangnya juga boleh digunakan untuk melegakan keradangan mata. Kayu Menteng amat sesuai untuk perabot dan pembinaan rumah serta perahu. Pokok ini juga menghasilkan gentian istimewa yang digunakan dalam pembuatan kertas.

Habitat
Pokok hutan lapisan tengah ini tumbuh di hutan tanah pamah setinggi 1,000m dan hidup atas pelbagai jenis tanah, dari batu pasir yang kering ke tanah paya gambut. Pokok Menteng berasal dari Asia Tenggara, terutamanya Malaysia dan Indonesia.