Mentiong Bukit

Mentiong Bukit

Nama saintifik: Gardenia tubifera
Nama keluarga: Rubiaceae

Pokok Mentiong Bukit di Taman Tugu
Pokok Mentiong Bukit adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Mentiong Bukit merupakan pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 15m tinggi. Daunnya mempunyai susunan yang bersilang dan berbentuk eliptik, berukuran lebih kurang 13cm panjang. Bunganya mempunyai tiub korola dan terletak pada hujung tangkai dahan pokok. Bunganya berwarna kuning dan berubah menjadi jingga apabila sudah matang dan mempunyai bau yang harum. Buah pokok ini berbentuk bulat, berwarna hijau epal pudar dan terbelah apabila ranum mendedahkan biji-biji daripada pulpa berwarna jingga kemerahan.

Kegunaan
Pokok ini sering digunakan untuk hiasan.

Habitat
Pokok ini dijumpai di bukit dan hutan dikawasan rendah dan tebing sungai. Pokok Mentiong Bukit berasal daripada Malaysia dan Singapura.