Meranti Bukit

Meranti Bukit

Nama saintifik: Shorea platyclados
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Meranti Bukit di Taman Tugu
Pokok Meranti Bukit adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Meranti Bukit adalah pokok bersaiz besar yang mempunyai silara berbentuk hemisfera yang mampu tumbuh sehingga 50m tinggi dan 180cm diameter dengan jejalur yang besar yang berketinggian sehingga 4m tinggi. Daunnya mempunyai susunan bersilih dan daun besarnya yang bertangkai bertekstur seperti kertas atau kulit yang halus berbentuk bujur memanjang-seperti telur ke bujur. Warna daunnya berubah ke warna perang kekelabuan pudar apabila kering. Setiap pucuk bunganya adalah sehingga 10cm panjang dan mengandungi sehingga 5 bunga berwarna kuning yang berukuran 2cm lebar. Buahnya yang berwarna hijau mengandungi kekacang berbentuk ovoid yang halus berukuran 2cm panjang, dengan 3 sayap panjang dan 2 sayap pendek.

Kegunaan
Kayunya sangat tahan lama. Ia kebanyakkannya digunakan untuk pembinaan dan perhasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan bertanah liat atau berpasir yang mempunyai saliran yang baik didalam hutan, paya, kawasan bertanah aluvium, lereng-lereng bukit dan rabung sehingga paras ketinggian 700m tinggi. Pokok-pokok ini ditemui di Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Borneo.