Meranti Kepong

Meranti Kepong

Nama saintifik: Shorea ovalis
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Meranti Kepong di Taman Tugu
Pokok Meranti Kepong adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Meranti Kepong adalah pokok silara-atas yang boleh tumbuh sehingga 49m tinggi dan 138cm diameter. Daun-daunnya bersilih, ringkas, berurat kecil, sangat tirus dan memanjang. Tangkai dan bahagian bawah daunnya bersisik, bertekstur seperti kertas pasir. Bunga yang dihasilkan berwarna kuning-putih, dan dalam panikel. Buahnya berwarna kemerahan, dengan tiga sayap panjang dimana ianya disebar oleh angin.

Kegunaan
Pokok ini adalah sumber bagi kayu “Meranti Merah Ringan”. Kayunya digunakan untuk beberapa penggunaan termasuklah kerja-kerja panel dan tanggam dalaman dan luaran, kerja-kerja kayu ringan, kotak dan peti, dan venir. Pokok ini juga dituai untuk damarnya yang berkualiti tinggi. Damar yang dituai digunakan untuk pembuatan lilin, sabun dan juga bagi tujuan pencahayaan. Kulit pokoknya digunakan di rumah tempatan untuk dinding dan lantai dan tempat perlindungan sementara.

Habitat
Pokok-pokok ini pada kebiasaannya ditemui di lereng bukit dan rabung, jarang dikawasan bertanah aluvium, di hutan dipterokarpa campuran yang tidak terganggu pada paras ketinggian sehingga 700m. Apabila ditemui di hutan sekunder, pokok-pokok ini pada kebiasaannya muncul sebagai pokok sisa pra-gangguan. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Indonesia.