Meranti Lapis

Meranti Lapis

Nama saintifik: Shorea lamellata
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Meranti Lapis di Taman Tugu
Pokok Meranti Lapis adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Meranti Lapis adalah pokok bersaiz besar yang mempunyai silara berbentuk hemisfera yang mampu tumbuh sehingga 52m tinggi dan 175cm diameter. Pokok ini mempunyai jejalur yang mempunyai ketinggian sehingga 3m tinggi. Daunnya bersaiz sederhana dan berbentuk eliptik-bujur ke ovat. Tunas bunganya berbentuk ellipsoid dengan kelopak bunga berwarna putih. Bahagian bawah buahnya berbentuk cakah dengan 3 kelopak buah yang panjang.

Kegunaan
Batang pokoknya mempunyai damar resin yang secara tradisionalnya digunakan untuk memakal kapal dan bakul. Pokok ini merupakan sumber kayu “Meranti Putih” dimana ia kebiasaannya digunakan dalam perghasilan perabot dan pembinaan ringan seperti pintu, tingkap dan lantai.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di hutan dipterokarpa yang tidak terusik pada paras ketinggian sehingga 500m tinggi. Pokok-pokok tropika ini ditemui di Semenanjng Malaysia dan Sumatera.