Meranti Nemesu

Meranti Nemesu

Nama saintifik: Shorea pauciflora
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Meranti Nemesu di Taman Tugu
Pokok Meranti Nemesu adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Meranti Nemesu adalah pokok bersaiz besar dan mempunyai silara berbentuk seperti bunga kol yang mampu tumbuh sehingga 60m tinggi dan 220cm diameter. Pokok ini mempnyai jejajlur yang mempunyai ketinggian sehingga 4m tinggi. Dedaunnya berbentuk bujur, berukuran 9-15cm panjang dan 4-6cm lebar. Daunnya mempunyai tekstur seakan-akan kulit pada permukaannya. Bunganya mempunyai dedaun dan kelopak bunga berwarna kuning pudar. Buah-buahnya mempunya kelopak yang berbulu jarang, dengan 3 kelopak panjang dan 2 kelopak pendek.

Kegunaan
Akar pokok ini kebiasaannya digunakan dalam pembinaan sederhana dan perghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dengan baik dikawasan tanah hutan bersaliran baik. Pokok-pokok ini ditemui di Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Sumatera.