Meranti Sengkawang Merah

Meranti Sengkawang Merah

Nama saintifik: Shorea singkawang
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Meranti Sengkawang Merah di Taman Tugu
Pokok Meranti Sengkawang Merah adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terdedah’ kepada ancaman dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi dan 95cm diameter. Batang pokoknya yang lurus, berbentuk silinder boleh bebas dari dahan-dahan sehingga 12-20m tinggi dan mempunyai jejalur yang mempunyai ketinggian sehingga 3.5m tinggi. Dedaunnya mempunya susunan bersilih dan berbentuk bujur-mata tombak, berukuran lebih kurang 12-14cm panjang. Cuping kelopak buahnya yang besar tumbuh sehingga 8cm, hanya sedikit panjang dari kekacangnya.

Kegunaan
Pokok ini merupakan sumber bagi kayu ‘Meranti Merah Gelap’ dimana ia digunakan kebanyakkannnya untuk pembinaan sederhana seperti pintu, lantai, dan tingkap. Ianya juga digunakan untuk penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini pada kebiasaannya dijumpai dikawasan yang beralun atau berbukit sehingga paras ketinggian 500m dari aras laut. Pokok-pokok ini dijumpai di Semenanjung Malaysia, Indonesia, dan Thailand.