Meranti Tembaga

Meranti Tembaga

Nama saintifik: Shorea leprosula
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Meranti Tembaga di Taman Tugu
Meranti Tembaga adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Hampir Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 60m tinggi dan 100cm diameter. Kulit batang pokoknya berwarna perang kekelabuan bertekstur berkelupas halus. Susunan daunnya bersilih dan daun yang bertangkai ini mempunyai tekstur seperti kulit berbentuk bujur memanjang atau bujur. Tunas bunga pokok ini panjang dan mengandungi sehingga 12 bunga berwarna kuning pudar. Buahnya merupakan kekacang berwarna hijau-kuning-merah jambu dengan 3 sayap panjang dan 2 sayap pendek.

Kegunaan
Batang pokoknya mempunyai damar resin yang secara tradisionalnya digunakan untuk memakal kapal dan bakul. Pokok ini merupakan sumber kayu dimana ia kebiasaannya digunakan dalam perghasilan perabot dan pembinaan ringan seperti pintu, tingkap dan lantai.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan bertanah liat ke tanah berpasir, batu kapur, di dalam hutan, dan kawasan bertanah aluvium dan kawasan lereng-lereng bukit kering dan rabung sehingga ketinggian 600m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Singapura, Thailand, Sumatera, dan Borneo.