Merawan Bunga

Merawan Bunga

Nama saintifik: Hopea pubescens
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Merawan Bunga di Taman Tugu
Pokok Merawan Bunga adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 37m tinggi dan 55cm diameter. Pokok ini mempunyai jejalur dan kulit pokoknya berkelupas apabila matang. Dedaunnya bertekstur seperti kulit dan berbentuk eliptik ke mata tombak, berukuran 2.5-6cm panjang dan 1.3-2.8cm lebar. Bunganya tumbuh secara aksil atau pada hujung dahan dan berjambak. Bunganya kecil dan berwarna krim. Bahagian bawah buahnya berbentuk kekacang bersama 2 cuping kelopak seakan-akan sayap dan 3 sayap pendek.

Kegunaan
Kayu pokok ini kebanyakkannya digunakan untuk kerja-kerja papan dan kerja-kerja pembinaan sederhana seperti pintu dan tingkap.

Habitat
Pokok-pokok ini ditemui dikawasan tanah rata dan bukit rendah yang mempunyai saliran yang baik. Pokok-pokok tropika ini berasal dari Semenanjung Malaysia.