Merawan Jangkang

Merawan Jangkang

Nama saintifik: Hopea nervosa
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Merawan Jangkang di Taman Tugu
Pokok Merawan Jangkang adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 45m tinggi dan 75cm diameter. Pokoknya mempunyai jejalur yang kecil dan banyak akar jangkang. Dedaunnya berbentuk bujur tirus berukuran 9-18cm panjang dan 4-7cm lebar.

Kegunaan
Kayu pokok ini kebanyakkannya digunakan untuk permbinaan sederhana dan penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di hutan dipterokarpa campuran yang tidak terusik dimana ianya ditemui dikawasan tanah rata di kawasan yang rendah dan cerun bukit bertanah liat yang subur pada ketinggian sehingga 400m tinggi. Pokok-pokok tropika ini ditemui di Semenanjung Malaysia, Boneo, dan Sumatera.