Merawan Kerangas

Merawan Kerangas

Nama saintifik: Hopea kerangensis
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Merawan Kerangas di Taman Tugu
Pokok Merawan Kerangas adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupkan pokok bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 48m tinggi dan 95cm diameter. Kulit pokoknya berpermukaan licin berjejalur kecil dan banyak akar jangkang. Dedaunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara bersilih dan berurat kecil dengan urat sekunder yang jarang dan rapat. Dedaunnya berbentuk bujur ke seakan-akan mata tombak berukuran 6-8cm panjang dan 2.5-3cm lebar. Bunganya berwarna putih kekuningan, berukuran lebih kurang 3mm diameter didalam panikel-panikel yang kecil.

Kegunaan
Tiada rekod mengenai penggunaan pokok ini.

Habitat
Pokok-pokok ini pada kebiasaannya dijumpai dikawasan hutan dipterokarpa campuran rendah. Pokok-pokok ini dijumpai di Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Thailand.