Merawan Mata Kucing Merah

Merawan Mata Kucing Merah

Nama saintifik: Hopea ferruginea
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Merawan Mata Kucing Merah di Taman Tugu
Pokok Merawan Mata Kucing Merah adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 41m tinggi dan 59cm diameter. Batang pokoknya mempunyai permukaan yang berkelupas dengan akar jangkang dan berjejalur. Dedaunnya ringkas dan tersusun secara berselisih berbentuk bujur ke seakan mata tombak berukuran 5-8cm panjang dan 1-4cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna kuning berukuran 4mm lebar yang tergantung di perdebungaan yang pendek. Buah yang dihasilkan pokok ini mempunyai saiz lebih kurang 7mm panjang dengan dua sayap berukuran 30mm panjang.

Kegunaan
Batang pokoknya mengandungi resin yang digunakan untuk memakal kapal dan bakul. Pokok ini merupakan sumber kayu yang kebanyakkannya digunakan dalam penghasilan perabot.

Habitat
Pokok ini tumbuh di kawasan hutan dipterokarpa, cerun-cerun bukit dan rabung, pada ketinggian sehingga 1500m dari paras laut. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Filipina, Sumatera, dan Borneo.