Merawan Palung

Merawan Palung

Nama saintifik: Hopea pierrei
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Merawan Palung di Taman Tugu
Pokok Merawan Palung adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terdedah’ kepada ancaman dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 25m tinggi dan 50cm diameter. Batangnya seringkali berpintal dan mempunyai bentuk yang kurang menarik dengan akar jangkang. Permukaan batangnya licin dan berwarna perang gelap dengan tompokan berwarna terang. Dedaunnya berbentuk seakan mata tombak berukuran lebih kurang 4-8cm panjang dan 1-5cm lebar dengan permukaan seperti kulit yang nipis. Buahnya berbentuk bujur dengan 2 cuping kelopak buah yang panjang dan 3 yang pendek.

Kegunaan
Resin dari pokok ini digunakan untuk obor dan memakal kapal. Kayunya digunakan untuk pembinaan dan penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di kawasan hutan tropika rendah dan boleh ditemui di Malaysia, Thailand, Vietnam, dan Indonesia.