Merawan Penak

Merawan Penak

Nama saintifik: Hopea mengarawan
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Merawan Penak di Taman Tugu
Pokok Merawan Penak adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok Merawan Penak adalah pokok bersaiz sederhana ke besar yang mampu tumbuh sehingga 60m tinggi dan 100cm diameter. Pokok ini mempunyai batang berjejalur yang besar dan boleh bebas dari dahan-dahan sehingga 25m tinggi dan kadang-kala lebih dari itu. Dedaunnya tersusun secara bersilih dan besar yang mempunyai permukaan seperti kulit yang berbentuk bujur ke seakan mata tombok berukuran lebih kurang 6-12cm panjang dan 2.5-5cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna putih kekuningan yang berukuran lebih kurang 5mm lebar. Setiap pucuk bunganya berukuran sehingga 3cm panjang dan mengandungi sehingga 6 bunga. Buahnya yang berwarna hijau kemerahan mengandungi kekacang berbentuk ovoid yang halus berukuran 1cm panjang dan 0.5cm lebar, dengan 2 sayap yang panjang berukuran 7cm panjang dan 1.2cm lebar, dan 3 sayp pendek berukuran 0.6cm panjang dan 0.5cm lebar.

Kegunaan
Resin dari pokok ini digunakan untuk obor, memakal kapal dan bakul. Kayunya kebiasaannya digunakan untuk penghasilan papan dan digunakan dalam pembinaan sederhana seperti pintu dan tingkap.

Habitat
Pokok-pokok ini ditemui di rabung-rabung dan cerun-cerun bukit dengan kawasan hutan yang mempunyai tanah berpasir ke tanah bertanah liat, juga dikawasan bertanah ultrabes. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Singapura, Sumatera, dan Borneo.