Merawan

Merawan

Nama saintifik: Hopea auriculata
Nama keluarga: Dipterocarpaceae

Pokok Merawan di Taman Tugu
Pokok Merawan adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok Merawan adalah pokok bersaiz kecil dengan kulit yang licin. Ia mempunyai batang pokok yang tinggi tetapi tidak mempunyai bentuk yang baik dan mempunyai tompokan berwarna kelabu, perang, dan warna-warna yang lebih gelap. Dedaunnya berbentuk mata tombak ke akuminat. Buahnya berbentuk aurikulat pada bahagian bawah sayapnya.

Kegunaan
Akar pokok ini kebiasaannya digunakan dalam pembinaan dan perghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di dalam hutan tropika dan berasal dari Malaysia.