Merlimau

Merlimau

Nama saintifik: Suregada multiflora
Nama keluarga: Phyllanthaceae (Euphorbiaceae)

Pokok Merlimau di Taman Tugu
Pokok Merlimau adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz kecil atau pokok renek yang besar yang mampu tumbuh sehingga 15m tinggi. Pokok ini mempunyai kedominanan apeks, menghasilkan silara berbentuk kon yang ketara, terutamanya semasa muda. Rerantingnya melilit sepanjang batangnya. Dedaunnya tersusun secara bersilih dan daun besarnya mempunyai permukaan seakan kulit yang berwarna hijau berubah ke jingga sebelum luruh. Dedaunnya berbentuk bujur berukuran 5-16cm panjang dan 3-8cm lebar. Pokok ini menghasilkan bunga kecil berwarna putih krim dan mempunyai sedikit bau yang wangi. Buahnya seakan-akan limau kecil dengan kapsul yang bulat atau sedikit lobus bersisi 3. Buahnya berwarna jingga kemerahan apabila ranum untuk mendedahkan bijinya.

Kegunaan
Buahnya digunakan sebagai ubat untuk merawat pesakit-pesakit HIV dan barah payudara. Kayunya digunakan sebagai kasau atau kayu api.

Habitat
Pokok ini tumbuh di hutan bertanah rendah, dari paras laut sehingga paras ketinggian 500m tinggi. Pokok-pokok ini boleh ditemui di Malaysia dan Singapura.