Minyak Berok

Minyak Berok

Nama saintifik: Xanthophyllum griffithii
Nama keluarga: Polygalaceae

Pokok Minyak Berok di Taman Tugu
Pokok Minyak Berok adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok malar hijau yang bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 27m tinggi. Batangnya licin dan berwarna perang kekelabuan dengan ranting berwarna perang gelap. Dedaunnya ringkas dan susunannya berselisih berbentuk seakan mata tombak ke ovat eliptik halus berukuran lebih kurang 8-15cm panjang dan 3-6cm lebar dengan warna hijau gelap glabrus pada permukaan atas dan warna glaukus pudar pada permukaan bawah. Pucuk bunganya kebanyakkannnya bereranting dan tumbuh sehingga 10cm panjang. Bunganya yang besar mempunyai kelopak berwarna putih dengan tompokan berwarna kuning. Buahnya berbiji satu berbentuk ovoid-globos, bersaiz lebih kurang kacang pea. Ianya berisi dan menjadi keras atau seperti kulit apabila kering.

Kegunaan
Pokok ini dituai untuk kayunya yang digunakan dalam pembinaan dan penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh ditemui di hutan tropika dan malar hijau Malaysia dan Singapura.