Nam Nam

Nam Nam

Nama saintifik: Cynomometra cauliflora
Nama keluarga: Fabaceae (Leguminosae)

Pokok Nam Nam di Taman Tugu
Pokok Nam Nam adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok Nam Nam merupakan pokok renek atau pokok kecil yang menarik yang mempunyai silara yang padat dan ranting yang tidak tersusun, tumbuh dari 3-15m tinggi. Dedaunnya ringkas dan susunannya berselisih. Dedaunnya yang muda berwarna jingga kemerahan dan berubah ke hijau gelap apabila matang. Bunganya menghasilkan lenggai benih besar sepanjang batang pokoknya, pada kebiasaannya di bahagian dasar.

Kegunaan
Buahnya dimakan atau dimasak untuk menambah perasa. Minyak dari bijinya digunakan untuk ubat-ubatan.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh ditemui di hutan tropikal Malaysia.