Nipis Kulit

Nipis Kulit

Nama saintifik: Memecylon edule
Nama keluarga: Melastomataceae

Pokok Nipis Kulit di Taman Tugu
Pokok Nipis Kulit adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok renek bersaiz kecil ke besar yang pada kebiasaannya 3.7m tinggi, kadangkala mencecah 12m tinggi. Batang pokoknya boleh terdiri dari satu batang atau berganda dengan kulit berwarna perang kekelabuan berpermukaan kasar halus dan nipis seakan-akan kertas. Dedaunnya bertentangan dan berstekstur seperti kulit dengan urat yang kurang jelas. Tangkai daunnya sangat pendek dan dedaun yang muda berwarna merah berkilat. Bunganya mempunyai cuping kelopak berwarna merah jambu yang dihiasi dengan stamen besar berwarna biru. Bunganya kecil dan sangat wangi dikelompokkan menjadi panikel perdebungaan yang timbul secara langsung dari ranting pada aksil daun. Buahnya adalah beri bulat dengan cuping didasarnya. Ianya tergantung dalam tandan aksil kecil. Buahnya ranum dari hijau ke kuning ke hitam.

Kegunaan
Kayunya digunakan untuk kasau, tiang rumah, bahan bakar, dan arang. Buahnya yang sudah ranum kadangkala dimakan; pulpanya mempunyai kualiti yang astringen. Pewarna berwarna kuning dan mordan boleh diekstrak dari dedaunnya, digunakan untuk mewarna sutera. Dedaunnya digunakan secara tradisional untuk menyembuh kesan bakar dan luka tanpa parut.

Habitat
Pokok ini tumbuh di hutan bertanah rendah, tebing di persisiran pantai dan pantai berpasir ke berbatu. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Singapura, Filipina, dan Indonesia.