Nutmeg Laurel

Nutmeg Laurel

Nama saintifik: Litsea myristicifolia
Nama keluarga: Lauraceae

Pokok Nutmeg Laurel di Taman Tugu
Pokok Nutmeg Laurel adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok yang malar hijau yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi. Batang pokoknya boleh mencecah 60cm diameter dengan jejalur yang pendek yang berketinggian sehingga 100cm tinggi. Susunan dedaunnya bersilih dan dedaunnya yang besar bertekstur seperti kulit dan kebiasaannya berbentuk eliptik. Daunnya berwarna kehijauan pada bahagian atas dan berwarna perang pudar dengan lapisan putih seakan lilin pada dasar apabila ianya kering dan dedaun baru berwarna merah ke jingga. Pokok ini menghasilkan bunga di aksil daunnya. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna putih yang bersaiz sehingga 1cm lebar. Ianya berisi dan terbentuk oleh cupingnya.

Kegunaan
Kayunya digunakan untuk penghasilan kemasan untuk kerja-kerja pembinaan seperti lantai dan tingkap. Kayu ini juga digunakan untuk penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di kawasan bertanah rendah ke hutan montane. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia dan Singapura.