Nyatoh

Nyatoh

Nama saintifik: Pouteria linggensis
Nama keluarga: Sapotaceae

Pokok Nyatoh di Taman Tugu
Pokok Nyatoh adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok renek atau pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 20m tinggi. Dedaunnya tersusun secara bersilih dan mempunyai permukaan seperti kertas berbentuk eliptik ke seakan mata tombak. Pokoknya menghasilkan bunga kecil berwarna kuning kehijauan yang tumbuh didalam kelompok. Buahnya berbentuk seperti telur yang berubah ke warna ungu apabila ranum.

Kegunaan
Pokok ini pada kebiasaannya digunakan untuk tujuan hiasan. Kayunya digunakan dalam kerja-kerja pembinaan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di sepanjang persisiran pantai berbatu, dan hutan persisiran pantai sehingga paras ketinggian 400m tinggi. Pokok-pokok ini ditemui di Semenanjung Malaysia, Singapura, Borneo, dan Sumatera.