Pasak

Pasak

Nama saintifik: Aglaia argentea
Nama keluarga: Meliaceae

Pokok Pasak di Taman Tugu
Pokok Pasak adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini adalah pokok bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi, dengan jejalur berketinggian sehingga 1m tinggi. Kulit pokoknya berwarna kelabu keperangan dan mengeluarkan getah berwarna putih apabila dicedera. Dedaunnya kompaun dengan 4-6 daun separa bertentangan pada setiap belah tangkai dan 1 pada terminal. Dedaunnya cenderung untuk berkelompok berhampiran hujung terminal ranting. Dedaunnya berbentuk eliptik atau bujur, berwarna hijau berkilat pada bahagian atas dan dilitupi dengan sisik peltat yang padat berwarna putih dan perang dibahagian bawah, memberi penampilan seakan-akan perak. Bunganya berjambak, berukuran 60cm lebar, dan dilitupi dengan sisik peltat yang padat berwarna perang. Bunganya kecil, berbentuk elipsoid dengan 5 kelopak dan anter. Buahnya berbentuk ovoid yang berubah ke kuning atau perang apabila matang tetapi tidak terbuka. Setiap buah mengandungi 2 ke 3 lokul dengan 1 benih dalam setiap lokul. Benihnya dikelilingi oleh aril berwarna putih yang masam manis.

Kegunaan
Buahnya boleh dimakan. Kayu dari pokok ini kebanyakkannya digunakan untuk penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini dijumpai dikawasan hutan bertanah rendah ataupun hutan batu kapur, pada ketinggian sehingga 1,200m dan dijumpai di Semenanjung Malaysia, Singapura, Borneo, dan Sumatera.