Pelawan

Pelawan

Nama saintifik: Tristaniopsis obovata
Nama keluarga: Myrtaceae

Pokok Pelawan di Taman Tugu
Pokok Pelawan adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz kecil ke sederhana yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi. Batang pokoknya mempunyai kulit yang berkelupas berwarna jingga, kelabu ke kehijauan. Dedaunnya tersusun secara berselisih dan daunnya yang besar mempunyai permukaan seperti kulit berbentuk obovat halus berukuran 5-10cm panjang dan 1.8cm-4.5cm lebar. Bunga kecil yang terhasil dari pokok ini berbau seperti kesturi dengan kelopak bunganya berwarna putih berkembang dalam kelompok yang berukuran 2.5-5cm panjang. Buahnya berbentuk kapsul dan melepaskan banyak benih leper apabila ianya terbuka kepada tiga bahagian apabila ranum.

Kegunaan
Pokok-pokok ini pada kebiasaannya digunakan untuk tujuan perhiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di pulau, dan tanjung berbatu dan dijumpai di Semenanjung Malaysia, Singapura, Borneo, dan Sumatera.