Pelong Licin

Pelong Licin

Nama saintifik: Pentaspadon motleyi
Nama keluarga: Anacardiaceae

Pokok Pelong Licin di Taman Tugu
Pokok Pelong Licin adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 50m tinggi dan 70cm diameter. Pokok ini mempunyai dahan berwarna merah keungguan yang dilitupi dengan padat oleh lentisel berbentuk bulat atau lurus berwarna perang. Pokok ini menghasilkan bunga berbentuk bintang yang mengandungi 5 kelopak berwarna putih ke krim dengan bucu yang tumpul. Bunganya tersusun didalam kelompok bertangkai dengan padat yang dikenali sebagai panikel yang mempunyai tangkai berwarna merah keungguan. Pokok ini juga menhasilkan buah yang berisi dengan biji yang dikenali sebagai drup.

Kegunaan
Buahnya pada kebiasaannya dimakan mentah. Kayunya mengandungi minyak yang banyak dimana ianya digunakan untuk ubatan. Pokoknya menghasilkan kayu ringan yang sesuai untuk kemasan dalaman dan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini dijumpai dikawasan paya, sepanjang sungai, dan kawasan yang terdedah kepada banjir dan kebiasaannya dijumpai dihutan yang tidak terganggu pada ketinggian sehingga 200m tinggi. Pokok-pokok ini ditemui di Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera.