Penaga Tikus

Penaga Tikus

Nama saintifik: Mesua lepidota
Nama keluarga: Guttiferae

Pokok Penaga Tikus di Taman Tugu
Pokok Penaga Tikus adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz sederhana yang mampu tumbuh sehingga 20m tinggi dengan batang berdiameter 40cm dengan kulit kayunya bersisik. Dedaunnya bertentang dan tersusun ringkas dengan petiol lebih kurang 5mm panjang. Bilah dedaunnya berbentuk bujur-eliptik berukuran lebih kurang 8cm-15cm panjang dan 3cm-5cm lebar. Jambakan bunganya adalah secara umbel terminal atau aksil mengandungi 1-3 rasem berbunga, sehingga 6cm panjang dan bunga-bunganya adalah dwiseksual. Bunga-bunganya mempunyai 4 sepal berwarna putih ke merah jambu yang dekusat, bulat dan berukuran 5mm diameter. Buah-buahnya adalah kapsul berbentuk globos, 2.5cm diameter, tebal dan keras dan tidak gugur.

Kegunaan
Damar dari pokok ini digunakan sebagai varnis manakala kayunya kebanyakkannya digunakan dalam pembinaan berat dan penghasilan perabot.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan tanah rendah dan rata, kadang-kala didalam hutan paya bermusim dan berasal dari Semenanjung Malaysia.