Penarahan Pianggu

Penarahan Pianggu

Nama saintifik: Horsfieldia Irya
Nama keluarga: Myristicaceae

Pokok Penarahan Pianggu di Taman Tugu
Pokok Penarahan Pianggu adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”). Ia juga diantara spesis pokok yang ditambah yang diklasifikasi sebagai ‘Sangat Terancam’ dalam Senarai Merah Spesis Terancam International Union for Conservation of Nature (“IUCN”). Spesis ini terancam kerana aktiviti penebangan hutan.

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 40m tinggi dengan akar sokong, dan jejalur setinggi 3m tinggi. Dedaunnya tersusun secara bersilih dengan daun bertangkai yang mempunyai bilah daun bermembran yang kebiasaannya mekengkung dibahagian bucunya. Dedaunnya berbentuk eliptik kebujuran ke bentuk mata tombak dengan tanda putih tidak sekata dibahagian atas. Bunganya yang berwarna kuning berkembang didalam pucuk bunga. Bunga jantina jantan lebih kecil daripada yang jantina betina. Buah-buahannya berbentuk bulat, tidak berbulu, mempunyai butiran halus dan berwarna jingga kekuningan. Biji-bijinya dilitupi kulit berwarna jingga kekuningan.

Kegunaan
Buah-buahannya boleh dimakan dan air rebusan kulit pokoknya boleh digunakan sebagai cecair kumuhan untuk sakit tekak. Pokok ini juga pada kebiasaannya ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh di hutan primer dan sekunder, paya persisiran pantai atau kawasan sungai, sehingga ketinggian 450m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Singapura, Sumatera, dan Borneo.