Penarahan

Penarahan

Nama saintifik: Horsfieldia Sucosa
Nama keluarga: Myristicaceae

Pokok Penarahan di Taman Tugu
Pokok Penarahan adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Penarahan merupakan pokok bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 30m tinggi. Dedaunnya tersusun secara berlingkar dan daunnya yang bertangkai mempunyai bilah daun bermembran ke seakan-akan kertas berbentuk bujur-bujur memanjang ke seakan mata tombak. Pucuk bunganya berkembang dibelakang dedaunnya diatas ranting. Kelompok-kelompok buahnya mengandungi 1-4 buah setiap satu. Buah-buahan sukulennya berbentuk telur, tidak berbulu, berwarna merah jambu dan berkilat.

Kegunaan
Buah-buahannya boleh dimakan dan pokok ini merupakan sumber kayu. Kayunya pada kebiasaan digunakan unutuk pembinaan ringan. Pokok-pokok ini juga ditanam untuk tujuan perhiasan.

Habitat
Pokok-pokok ini tumbuh dikawasan hutan tanah rendah dan berbukit, hutan dikawasan batu kapur, hutan paya, dan diatas dataran sehingga 800m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, dan Borneo.