Perah

Perah

Nama saintifik: Elateriospermum Tapos
Nama keluarga: Phyllanthaceae (Euphorbiaceae)

Pokok Perah di Taman Tugu
Pokok Perah adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok Perah merupakan pokok bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 50m tinggi dalam habitat semulajadinya. Ukur lilitnya boleh mencapai 56cm lebar dengan jejalur sehingga 2m tinggi. Kulit kayunya berwarna perang pucat ke kelabu dengan permukaan licin ke berkelupas halus. Dedaunnya berbentuk eliptik ke obovat. Pokok ini menghasilkan bunga berwarna putih ke kuning pucat diatas terminal perdebungaan simos. Bunga jantina jantannya berukuran lebih kurang 2.4mm-3.5mm lebar dan bunga jantina betinanya berukuran lebih kurang 3.2mm-5.3mm. Buahnya berbentuk bujur-elipsoid dan berubah dari warna hijau ke hampir hitam apabila matang, dan mengandungi biji-biji berwarna kelabu keperangan.

Kegunaan
Kayunya digunakan sebagai sumber bahan api dan lateks dari pokok ini digunakan untuk melindungi luka yang kotor. Selain daripada itu, biji-bijinya digunakan dalam masakan untuk menambah rasa kepada makanan itu.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh ditemui didalam hutan primer dan sekunder, hutan dipterkarpa campuran dan pniggiran hutan. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Thailand, dan Indonesia.