Phaleria capitata

Phaleria capitata

Nama saintifik: Phaleria Capitata
Nama keluarga: Thymelaeaceae

Pokok Phaleria Capitata di Taman Tugu
Pokok Phaleria Capitata adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok renek atau pokok bersaiz kecil yang mampu tumbuh sehingga 10m tinggi dengan batangnya berukuran 15cm diameter. Rantingnya berwarna perang kemerahan. Bunga-bunganya terhasil didalam perdebungaan yang pada kebiasaannya mempunyai 5 bunga. Buah-buahannya berbentuk bulat dan berukuran sehingga 1.5cm panjang.

Kegunaan
Pokok-pokok ini pada kebiasannya ditanam sebagai pokok hiasan.

Habitat
Pokok-pokok tumbuh didalam hutan dari paras laut ke 1,200m tinggi. Pokok-pokok ini berasal dari Malaysia, Sumatera, dan Borneo.