Philippines Simpoh

Philippines Simpoh

Nama Saintifik: Dillenia philippinensis
Nama Keluarga: Dilleniaceae

Pokok Philippines Simpoh di Taman Tugu
Pokok Sismpoh Filipina adalah sejenis pokok hutan asli antara pokok 4100 yang ditambah ke tapak Taman Tugu dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Pokok tropika yang cantik ini merupakan pokok kegemaran antara peminat taman bunga Filipina kerana ia adalah endemik kepada negara Filipina. Buahnya ini juga dikenali sebagai epal gajah.

Ciri-ciri Fizikal
Poko Simpoh Filipina adalah sejenis pokok evergreen autotrophic kecil yang hanya tumbuh antara 6m – 15m tinggi.
Kulit batang pokok ini mempunyai rekahan yang cetek dan berwarna perang kemerahan atau keperangan. Daunnya hijau dan berbentuk oblong ovate daun, tersusun secara bersilang dengan margin serrate serta venation (urat-urat) menonjol, berukuran kira-kira 8-25cm panjang dan 6-16cm lebar, petiol berukuran 3.5-5cm panjang dengan stipule caducous selebar 1cm.
Bunganya yang berwarna putih dan selebar 10-15cm dan boleh ditemui bersendirian atau berpasangan. Setiap satu daripada 5 kelopak putihnya berbentuk obovate dan kira-kira 4-6cm panjang, disertakan dengan 5 sepals hijau pucat berbentuk cawan, stamen dalam 2 Kumpulan. Stamen di luar adalah kuning dan kira-kira 11mm panjang, sementara stamen dalam berwarna ungu dan kira-kira 15-23mm panjang.
Buah-buahan pokok ini berbentuk globose dan kira-kira 5-6cm lebar,serta terdiri daripada biji hitam yang terbenam dalam pulpa yang lembut.

Kegunaan
Buah-buahan, pucuk muda dan bunga-bunga pokok ini boleh digunakan sebagai perisa dalam masakan. Dari segi perubatan, jus buah pokok ini digunakan untuk merawar sakit dada dan batuk.

Habitat
Pokok ini boleh dijumpai di hutan primer dan sekunder di sepanjang tebing sungai hutan Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Filipina.