Pleajau

Pleajau

Nama saintifik: Pentaspadon motley
Nama keluarga: Anacardiaceae

Pokok Pleajau di Taman Tugu
Pokok Pleajau adalah sejenis pokok hutan hujan asli dimana ianya juga merupakan salah satu daripada 4,100 pohon pokok yang ditambah ke tapak Taman Tugu, dipilih dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (“MNS”).

Ciri-ciri Fizikal
Pokok ini merupakan pokok ronjong bersaiz besar yang mampu tumbuh sehingga 51m tinggi dan 70cm diameter dengan jejalur sehingga 5m tinggi. Deaunnya tersusun bersilih, berbentuk kompaun, berurat kecil, dan kebiasaannya berongga. Pokok ini menghasilkan bunga-bunga berwarna krim berukuran lebih kurang 4mm diameter yang terletak didalam panikel. Buah-buahannya berukuran lebih kurang 40mm panjang dengan drup yang berisi.

Kegunaan
Pokok ini dituai dari hutan kebiasaannya untuk kegunaan penduduk tempatan sebagai makanan, ubat-ubatan, dan sumber kayu. Damar yang didapati dari batang-batangnya adalah penenang, untuk melegakan gatal-gatal pada kulit dan minyak yang didapati daripada tumbuhan ini digunakan untuk mengubati beberapa penyakit kulit. Kayunya digunakan unutk penghasilan perabot dan pembinaan.

Habitat
Pokok-pokok ini boleh dijumpai dikawasan hutan tanah rendah ditebing sungai, hutan paya, atau didalam hutan sekunder pada ketinggian sehingga 75m tinggi dan berasal dari Malaysia dan Indonesia.